Tuesday 29 October 2019

KALENDAR 2020

Assalamualaikum Gaissss...

Kakak nak share kalendar kuda untuk tahun 22 dengan korang.

Print out la... Tepek kat setiap penjuru... ☺















Sila plan cuti untuk tahun 2020. Banyak cuti yang jatuh pada weekend. 




Wednesday 10 July 2019

Spaghetti carbonara

Actually masa raya ritu kakak plan nak masak carbonara ni sekali ngn mikari.

Tapi gitu lah, kita tak pro lagi, x sempat nak masak banyak2 menu.

Since barang2 utk carbonara mmg dah beli siap masa raya ritu, so smlm kakak pn merajinkan diri untuk masakkan laki kakak bg dia mencekik utk diner smlm. haha!

Senang je pn nak masak carbonara ni.

Resepi ni kakak mintak kat kakak no 2. bulan puasa ritu gigih laa anaknya masak 2 kali seminggu carbonara ni untuk berbuka.

Kakak attached sekali video yg kakak masak smlm tu.

So ini bahan2 dan tutorialnya

Spaghetti Carbonara

Bahan - bahan


  • Bawang Holand
  • Sayur (kakak guna button mushroom je)
  • Ayamas premium Italian sausage
  • Kiub Pati ayam
  • Garam
  • Whipping Cream
  • Spaghetti
Cara - Cara

  1. Goreng sausage yg di potong nipis sehingga garing.
  2. Masukkan bawang holand dan goreng smp garing
  3. Masukkan sayur
  4. Tambahkan air. (ikut suka nak berkuah atau kering)
  5. Masukkan kiub pati ayam, garam dan perasa)
  6. Masukkan spaghetti. rebus smp masak
  7. Akhir sekali, tuangkan whipping cream.
  8. Masakkan dalam 5-10 Minit lagi
  9. Siaapp..!!!

Kalau tengok kat video ni, kakak tumis bawang & sayur dulu baru masuk sausage. Ini disebabkan kakak tersalah beli Sausage. Kakak amek yg cheese punya. So kakak xnak cheese tu hangit, kakak letak sausage lepas tumis bawang & sayur.

Selamat mencuba koraaannnggg...!!!

Sunday 16 June 2019

KAKAK NEED HELP!!

Gaiss....!!!!

Assalamualaikum. Hehe.

Macam ni citer dia. Kakak ada nak organize something dekat rumah anak anak yatim. Nak buat mcm lawatan gitu la.. Tapi bukan la something yang besar atau grand atau banyak dana what so ever.

It just a small gathering mcm tu.

And, Kakak ada googled few rumah anak anak yatim. Ada la yg kakak dah short listed kan utk pegi. Tapi kalau boleh, kakak nak mintak tolong, kalau ada sesiapa yg tahu, rumah anak anak yatim ni yang agak daif atau x berapa besar, atau penghuni dia tak smp 50 org atau mcm mana lah.

Sebabnya yg kakak dah google and list down tu, rumahnya mcm dah agak mewah, ramai penghuni dan banyak la sumbangan. (or kakak salah? correct me.)

Kakak mcm segan nak pegi rumah anak2 ni yg mcm dah agak establish. sbb dana kakak tak berapa banyak. So kalau kakak pg yg kecik2 dulu maybe boleh la tampung semua penghuni. Kakak risau kalau pg rumah yg besar2 nnt ada yg dpt, ada yg tak dapat.

Tak seronok la mcm tu kan?

So, help me please guys. Listkan mana mana rumah anak anak yatim yg korang tau. Nama & Address & contact details. Especially area SELANGOR dulu k. Negeri lain boleh jugak, tp kakak akan dulukan utk selangor.



Kakak hargai sangat jasa korg semua.

Much lurveee from kakak.

Friday 14 June 2019

SESEKALI - Telemovie sempena Hari Bapa (RTM)

Malam i gaisss...

Kakak actually lebih tertarik dengan para pelakon citer ni. 

Sebabnya :

  1. Beto - Kakak mmg syok terlebih ngn Beto ni sejak citer Khasyaf Imani. Over tak?
  2. Azhan Rani - Sejak sejak pandai kelakar ni, Kakak rasa dia ohsem sgt. tak mcm watak2 dia yg antagonist sedari dulu.
  3. Noor Khiriah - yg ni lagi 1. Kakak Lerveeee sgt dia punya attitude.


Saksikan telefilem khas hari bapa bertajuk 'Sesekali' adaptasi daripada puisi karya Siti Zaleha Hashim. Akan disiarkan pada Jumaat, 14 Jun pukul 9:30 malam di TV2.

JUDUL : SESEKALI
WAKTU SIARAN : Jumaat, 14 Jun 2019, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Citra TV2 (RTM)
PENULIS SKRIP : Lily Haslina Nasir
PENGARAH : Hisyamudin Ahmad
PRODUKSI : Unit Drama TV RTM
PELAKON : Beto Kusyairy, Azhan Rani, Puteri Rafasya, Shazman Isaac, Noorkhiriah, Hariry Jalil, Norasmahani Shaari

SINOPSIS SESEKALI
Mengisahkan tentang pengorbanan seorang bapa Amrin yang membesarkan anak perempuannya berumur enam tahun bernama Kemboja. Amrin memberikan yang terbaik untuk setiap yang apa dilakukan untuk anaknya.

Amrin membesarkan Kemboja seorang diri setelah kematian Melati ketika kelahiran Kemboja. Pasangan ini bertemu jodoh lewat usia, dugaan yang berlaku pada isterinya membuatkan Amrin bertekad untuk memenuhi yang terbaik untuk Kemboja.

Pada suatu hari, Kemboja dilanggar lari oleh Adeng ketika hendak melarikan diri dari buruan polis. Pada masa sama Adeng terpaksa meneruskan perjalanan kerana ingin menyerahkan duit rompakan kepada Yeop untuk pembiayaan perubatan mata Wahyudi yang seusia dengan Kemboja.

Sumber : Sesekali

Wednesday 12 June 2019

DUNIA BARU, SHAH ALI?!

Siapa Shah Ali tu?

Haa.. ni kakak nak cerita.

Weekend hari tu, kakak p layan movie ngn anak2 buah. Kitorg layan Aladdin. 

Kakak dah nmpk iklan Aladdin ni few months back. Tapi takde la teruja pown nak tengok. Maybe sbb kakak ni jenis, ada, ada la... xde pn xpe... tapi nama nak kejar2 nak tunggu2 tu, its so not me.

So, long story short. Citer Aladdin ni 100% sama dgn Aladdin katun release tahun 1992 dulu. Cuma yg 2019 ni bukan la katun.

Best! Kakak suka both version. Most of the songs pun tak tukar. Still lagu yg sama.

Jadinya siapa Shah Ali ni? Haha!

Ok Fine! Kakak baru tau lagu2 Aladdin ada version Melayu!

Baru kejap ni tergodek2 laa dalam youtube dgn spotify. Jumpa 2 lagu ni tajuk dia mmg tak terjangkau dek akal. Haha!

A Whole New World - Dunia Baru

Prince Ali - Shah Ali

Apoooo

Ni kakak hidangkan footage dr utube comparison songs Aladdin 1992/2019




Korang dah tengok ke Alddin 2019 ni? Ke Kakak je yg outdated? Hiks!

Kakak nak korg layan gak 2 lagu ni

Original Version - Prince Ali (Aladdin 2019) - Will Smith



Malay Version - Shah Ali (Aladdin 2019) - Vince Chong




Enjoyyy korang... Kakak lerve sangat... kikikikiki

Tuesday 11 June 2019

Selamat Hari Rayaaa..!!!

Assalamualaikum Gaiss...

Heyy.. Selamat Hari Raya semua..!!


Walaupun hari ni dah raya ke 7, Masih belum terlambat kan nak ucap selamat hari raya... hahah denggg..


So, cane raya korg tahun ni? Kakak beshe beshe jeww... Ok la... xde la stress sgt dan xde laa bosan sgt. Syukur Alhamdulillah.


Btw, sape buat open hse? meh la ajak kakak.. haha. kakak xde open hse... tp pintu rumah kakak sentiasa terbukak utk para tetamu. kihkih


Ohh ya, korg agak2 kakak jd ke buat kuih raya seperti yg kakak list kan dlm entry sebelum ni?
cer teka.. cer teka.. 


HAHA!


Kakak TAK buat 1 pon! Bukan malas k.. kakak bz jew... x de masa nak menggentel kuih raya.. KAAHHH!


Tapi rezeki kakak. walaupun x buat dan TAK BELI apa2 kuih raya, ada je org yg hulurkan kuih. Alhamdulillah rezeki. hee


Dan semoga, semua yg baca entry kakak ni pon akan dilimpahkan rezeki yg melimpah ruah. Amiin.


Till next entry Gaiss...


Adios!

Monday 27 May 2019

Kuih Apa Gaiss..?!

Assalamualaikum...

Gais... kakak dah decide laa nak buat kuih apa untuk raya ni. Yang senang2 je k.. hiks!

So Kakak Plan nak buat kuih tahun ni 


  1. Honey Cornflakes (Wajib)
  2. Popia Nestum
  3. Semperit Susu
  4. Chocolate Chip
  5. Cornflakes Crunchy
  6. Kacang Tojen
Harap2 sempat laa kakak nak buat semua ni.

Baideweii, kakak sebenarnya teringin sangat nak buat biskut dam. korang tau tak?














Tapi kakak tgk tutorial dia mcm alahai... renyaahhh....
kakak tak mampu nak teruskan.

tapiiii...... ni kakak sharekan resepi dia kat sini, kalau korang buat dan menjdai, jangan lupa share dengan kakak ok..??!!

Bahan utama:


Bahan untuk doh vanilla:
100g mentega
65g gula kastor
1 biji telur – suhu bilik, kacau sebati
220g tepung kek – ayak
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan untuk doh coklat:
100g mentega
65g gula kastor
1 biji telur – suhu bilik, kacau sebati
190g tepung kek – ayak
30g serbuk koko
1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan

Cara penyediaan doh vanilla:

1. Pukulkan gula kastor dan mentega sehingga kembang dan putih.

2. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.

3. Masukkan esen vanilla dan kacau kembali supaya sebati.

4. Masukkan tepung yang telah diayak dan kacau sehingga menjadi bentuk doh yang lembut. Sejukkan seketika dalam peti sejuk bahagian sejuk beku selama 30 minit. Keluarkan dan bahagikan kepada 3 bahagian.

5. Canaikan setiap satu doh kecil kepada bentuk segi empat, setebal 1cm.

Cara penyediaan doh coklat:

1. Pukulkan gula kastor dan mentega sehingga kembang dan putih.

2. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.

3. Masukkan esen vanilla dan kacau kembali supaya sebati.

4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan kacaukan sehingga menjadi bentuk doh yang lembut.

5. Sejukkan seketika dalam peti sejuk dalam bahagian sejuk beku selama 30 minit. Keluarkan dan bahagikan kepada 3 bahagian.

6. Canaikan setiap satu doh kecil kepada bentuk segi empat setebal 1 cm.

Cara penyediaan biskut dam:

1. Susunkan kepingan doh vanilla-coklat-vanilla.

2. Susunkan kepingan doh coklat-vanilla-coklat.

3. Sejukkan kembali dalam peti sejuk selama 30 minit. Keluarkan dan potong doh yang disusun tadi setebal 1m. Pastikan potongan sama rata.

4. Ambil 3 keping doh yang telah dipotong tadi dan susun secara bertindan dan berselang seli. Anda akan dapat hasilkan 4 batang panjang doh biskut dam.

5. Kemudian, sejukkan sekali lagi selama 10 minit dan keluarkan untuk dipotong setebal 1m. Susun di atas dulang pembakar yang telah digris dan dilapik dengan kertas pembakar.

6. Panaskan ketuhar pada suhu 150°c dan bakar biskut dam selama 15-20 minit.

Tips:

Bancuhan doh biskut ini sangat lembut. Penyejukkan doh dalam peti sejuk bertujuan merehatkan doh dan memudahkan ia dibentuk. Apabila doh dalam keadaan sejuk, potongan biskut akan menjadi cantik dan tepat mengikut saiz yang dikehendaki.